Warga emas ‘buta IT’ tidak dipinggir, tetap terima SKAS

LIMBANG – Golongan warga emas yang kurang mahir menggunakan teknologi digital tidak perlu bimbang kerana mereka tetap akan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menerusi saluran alternatif disediakan kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, langkah itu diambil bagi memastikan tiada penerima yang tercicir daripada menikmati inisiatif berkenaan.

Menurutnya, pendekatan tersebut dikhususkan bagi membantu golongan sasar yang tidak memiliki telefon pintar atau kekok menggunakan aplikasi digital masa kini.

Jelas beliau, bagi penerima dalam kategori itu, bantuan berkenaan boleh disalurkan secara manual melalui Jabatan Kebajikan bagi memudahkan urusan penerimaan.

“Sebahagian warga emas mungkin tidak mempunyai telefon bimbit atau tidak mahir menggunakan aplikasi digital.

“Oleh itu, kerajaan menyediakan kaedah lain supaya mereka tetap dapat menerima bantuan yang disediakan tanpa sebarang halangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Bahagian di Dewan Bunga Raya di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota memaklumkan, seramai lebih 7,000 penduduk di daerah Limbang layak menerima bantuan SKAS bagi fasa pertama yang mula diagihkan esok.

Tambahnya, sama seperti pelaksanaan tahun lalu, dana bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke dalam e-dompet S Pay Global bagi mempercepatkan proses penyaluran.

“Majoriti penerima didapati sudah mempunyai aplikasi S Pay Global. Pada peringkat awal pelaksanaan sebelum ini memang terdapat beberapa isu teknikal, namun ia telah diperbaiki secara berperingkat,” ujarnya.

Bantuan SKAS bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat melibatkan tiga fasa utama iaitu pada bulan Mac, Mei dan November.

Inisiatif tersebut merupakan antara kelangsungan usaha kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup, selain memastikan kekayaan negeri dapat dinikmati bersama oleh segenap lapisan masyarakat.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM