Pengukuhan keselamatan agenda utama pembangunan negeri di bawah SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memperkukuh keselamatan bagi memudahkan pertumbuhan ekonomi Sabah di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 serta memastikan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, potensi Sabah untuk menjadi Hub Ekonomi Biru di Asean Timur amat besar berdasarkan kekayaan biodiversiti lautnya dan kedudukan di laluan perdagangan serantau.

“Dalam kerangka Sabah Maju Jaya 2.0, sektor maritim dan Ekonomi Biru dikenal pasti sebagai pemacu pertumbuhan baharu negeri melalui pembangunan industri perikanan moden, pengukuhan rantaian nilai makanan laut, pengembangan pelancongan marin, peningkatan infrastruktur pelabuhan serta pembangunan bandar pesisir dan sempadan sebagai hab ekonomi baharu.

“Namun semua potensi ini hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya apabila keselamatan perairan negeri sentiasa terjamin,” ujarnya ketika majlis penyerahan kuih muih Hari Raya Aidil Fitri kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu pada Selasa.

Tambah Hajiji, tanpa keselamatan yang stabil, pelaburan dalam sektor maritim, pelancongan laut dan industri makanan laut tidak akan berkembang dengan baik.

“Dalam konteks keselamatan negara Sabah merupakan barisan hadapan Malaysia di Borneo dan di Laut Sulu, sekali gus meletakkan negeri ini sebagai pintu ekonomi Maritim Malaysia di rantau ini.

“Ia meliputi kawasan Sabah Timur, iaitu di kawasan ESSZone atau Zon Selamat Sabah Timur khususnya di 10 daerah utama iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Oleh itu, pengukuhan keselamatan amat penting, bukan saja melindungi rakyat, malah membuka ruang kepada pembangunan bandar-bandar sempadan sebagai pintu ekonomi baharu negeri melalui perdagangan rentas sempadan, logistik, pelabuhan dan industri berasaskan sumber laut,” kongsinya.

Dalam pada itu Hajiji berkata, selain keselamatan fizikal kesejahteraan negeri juga bergantung kepada keselamatan kesihatan rakyat.

“Kerajaan Negeri amat menghargai peranan petugas kesihatan yang terus komited memerangi penyakit berjangkit termasuk penyakit Tuberkulosis (TB) yang masih menjadi cabaran kesihatan awam di negeri ini.

“Usaha pengesanan awal, rawatan berterusan serta program kesedaran kesihatan yang dilaksanakan oleh petugas kesihatan amat penting dalam melindungi komuniti khususnya di kawasan luar bandar dan pesisir,” katanya.

Tegasnya, golongan barisan hadapan memikul tanggungjawab yang besar memastikan keselamatan anggota masyarakat.

Related Posts

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban