Rakyat Malaysia terkandas di Qatar dipindahkan ke Jeddah

KEDUTAAN Besar Malaysia di Doha membantu menguruskan pergerakan rakyat Malaysia yang terkandas di Qatar dengan menaiki bas menuju ke Jeddah, Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha evakuasi yang dilaksanakan semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, kedutaan memaklumkan sebelum kumpulan terbabit berlepas, Duta Besar Malaysia ke Qatar, Faizal Razali sempat menyampaikan ucapan kepada mereka serta merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi memastikan proses evakuasi berjalan lancar.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan semalam memaklumkan Kerajaan Malaysia kini berada pada peringkat akhir persediaan bagi melaksanakan proses evakuasi rakyat Malaysia dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat berikutan situasi keselamatan yang semakin meruncing di rantau itu.

Operasi berkenaan diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu semua langkah digerakkan segera bagi menjamin keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terjejas.

Katanya, operasi itu akan diselaraskan dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui pejabat perwakilan Malaysia di negara yang terlibat.

Menurut rekod kementerian itu, setakat Ahad lalu, seramai 641 rakyat Malaysia masih berada di beberapa negara yang terjejas di rantau berkenaan, manakala 24,568 rakyat Malaysia sudah mendaftar melalui sistem e-Konsular setakat Sabtu lalu.

Sementara itu, konflik di rantau berkenaan terus memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan berskala besar terhadap Iran sejak 28 Februari lalu.

Serangan itu dilaporkan mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk pemimpin agung Iran, Ali Khamenei serta beberapa pegawai kanan tentera, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Related Posts

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan SARA bukan gula-gula pilihan raya, bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

TANGGA BATU – Kenaikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya disifatkan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun dilihat sebagai usaha kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung peningkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam