Penjaja tamu, ibu tunggal lega STR dikredit awal, bantu persediaan sambutan Aidilfitri

KOTA KINABALU – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di negeri ini menzahirkan rasa syukur atas bayaran awal bantuan tersebut yang membantu meringankan perbelanjaan rakyat khususnya penjaja yang terkesan banjir dan ibu tunggal serta golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Seorang penjaja di Beaufort, Sahirah Yalla, 57, berkata, pemberian STR yang diawalkan pada 10 Mac berbanding jadual asal pada April amat bermakna untuk digunakan sebagai modal membeli barangan jualan.

Sahirah berkata, dua minggu lalu semasa banjir melanda Beaufort, beliau tidak dapat keluar untuk berniaga di Tamu Kuala Penyu seperti biasa.

“Sedangkan sebelum ini saya sudah membeli pelbagai barang untuk dijual seperti bawang putih, bawang merah, kentang dan sayur-sayuran.

“Apabila terperangkap akibat banjir dan tidak dapat berniaga, barang-barang tersebut akhirnya rosak dan memburuk menyebabkan kami mengalami kerugian.

“Alhamdulillah, dengan STR fasa 2 ini sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan perbelanjaan barang jualan,” katanya kepada media, pada Selasa.

Senih Matzin, 42, yang juga peniaga Tamu Kuala Penyu turut senada apabila terkesan dengan banjir baru-baru ini, menyifatkan STR fasa 2 amat meringankan kewangannya.

“Alhamdulillah terima kasih kepada Kerajaan kerana dengan STR diawalkan, bolehlah kami berbelanja untuk perayaan apalagi banjir baru-baru ini kan jadi kami sangat mengalu-alukan pemberian awal STR ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jujian Tambay, 44, dari Kg Tanjung Aru Lama juga akan memanfaatkan wang STR untuk membeli keperluan asas barangan dapur bagi menyediakan juadah pada pagi raya.

“Saya bekerja sebagai pemandu van jenazah secara sukarela. Kami tidak menetapkan bayaran kerana sebahagian besar kerja ini adalah amal dan sedekah, jadi pendapatan tidak menentu.

“Persediaan baju raya telah siap sebelum hari raya kerana kami telah merancang lebih awal, bila anak-anak dapat gaji, kami akan beli dahulu sedikit-sedikit, cuma STR yang diterima ini akan digunakan untuk membeli barang-barang memasak untuk dimakan pada hari raya nanti,” kongsinya.

Beliau yang mempunyai empat orang anak berkata, dua daripada mereka kini membantu menyokong kewangan keluarga, manakala isterinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal turut menerima bantuan zakat.

Sementara itu, seorang ibu tunggal di Kampung Sembulan, Roziah Yusof, 53, berkata, bantuan itu amat bermakna buat dirinya yang kini tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut Roziah, keadaan kesihatan yang kurang baik selepas menjalani empat kali pembedahan pada jari kaki akibat kencing manis dan tekanan darah tinggi menyukarkan beliau untuk bekerja.

“Saya memang bersyukur kerana bantuan ini tidak pernah saya terlepas terima. Sekurang-kurangnya ia membantu saya membeli makanan dan membuat sedikit persiapan raya untuk anak.

“Tak apa kalau saya tidak beli baju baharu, yang penting anak. Sebelum ini memang belum ada apa-apa persiapan, jadi bantuan awal ini benar-benar meringankan beban saya,” ujarnya.

Related Posts

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

SHAH ALAM – Semangat sambutan Maulidur Rasul wajar diterjemahkan melalui amalan kasih sayang bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling menghormati, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar