Lapan Geng Adik Labu Besar termasuk dua pasangan kekasih dituduh lakukan jenayah terancang

BUTTERWORTH – Lapan individu termasuk dua pasangan kekasih didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli geng jenayah terancang dikenali Geng Adik Labu Besar antara Mac hingga Oktober tahun lalu.

Tertuduh terdiri daripada Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22, Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23, Muhamad Samerin Shahrom, 35, Mohamed Aizat Rosmadi, 28, Aizal Abu Bakar, 23, Mohammad Zaini Yusoff, 27, Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22, dan Muhamad Fitri Abdul Karim, 31.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh semua tertuduh yang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, kelapan-lapan tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Adik Labu Besar di sebuah kediaman di Vista Perdana, Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah dalam daerah Seberang Perai Utara, di sini antara Mac hingga 16 Oktober tahun lalu.

Pendakwaan terhadap semua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 130(V)(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, V Suloshani dan Maryam Jamielah Ab Manaf manakala tertuduh, Nurul Natasha diwakili peguam Manjit Singh Mann sementara tujuh lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Suloshani tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh memandangkan kes itu membabitkan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) yang ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berikutan itu, katanya, kes berkenaan perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sebelum jaminan terhadap kesemua tertuduh dapat diberikan.

Hakim kemudian memutuskan kes itu untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan sebutan semula pada 4 Mei depan.

Semalam media melaporkan polis sudah merujuk kertas siasatan ke Pejabat Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa ahli kumpulan penjenayah selepas menumpaskan satu sindiket pecah rumah aktif di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 42 kes jenayah dengan kerugian mencecah RM1 juta menerusi Op Shadow.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar dilaporkan berkata, operasi itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang bagi menumpaskan kumpulan penjenayah yang aktif melakukan jenayah harta benda, khususnya kes pecah rumah di negeri berkenaan.

Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah memecah masuk rumah-rumah di kawasan perumahan mewah yang berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan selain daripada kawasan perumahan biasa.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia