Buruh dicekup miliki syabu di Sundar

LAWAS – Tindakan seorang buruh tempatan berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah mengundang padah apabila dia ditahan polis dalam satu operasi pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintenden Liong Tindan berkata, suspek ditahan ketika memandu sebuah kereta di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Sundar.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap tubuh suspek telah menemukan sebuah kotak rokok yang menyembunyikan keratan tiub straw berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Dadah yang dirampas dianggarkan seberat kira-kira 0.30 gram dan telah dijadikan barang kes untuk siasatan lanjut polis.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek turut mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah terdahulu.

Tegas Liong, kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 untuk kesalahan memiliki dadah, serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik