PKD Kuching turun padang santuni peniaga Bazar Ramadan Stutong

KUCHING – Pejabat Kesihatan Bahagian (PKD) Kuching mengambil langkah proaktif dalam memastikan tahap keselamatan dan kebersihan makanan terjamin dengan menganjurkan Program Walkabout Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Stutong.

Program yang berlangsung pada 6 Mac lalu itu telah diketuai oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr. Johnny Pangkas, yang meluangkan masa turun padang bagi memantau dan menyantuni para peniaga serta pengunjung di bazar berkenaan.

Menerusi tinjauan tersebut, Dr. Johnny telah mengagihkan apron khas serta beg cenderamata yang mengandungi risalah berkaitan panduan pengendalian makanan yang betul dan bersih kepada para peniaga.

Selain memfokuskan kepada golongan peniaga, kempen kesedaran itu turut disasarkan kepada pengunjung bazar dengan mempromosikan konsep ‘Perhati dan Pilih’ sebelum membeli juadah berbuka puasa.

Inisiatif berterusan ini amat penting bagi mendidik masyarakat tentang aspek penjagaan kebersihan, sekali gus membantu mencegah sebarang kes keracunan makanan sepanjang bulan puasa.

Dengan pemantauan ini, pihak kesihatan berharap agar kualiti makanan yang dijual di bazar Ramadan sentiasa berada pada tahap selamat untuk dinikmati oleh orang ramai.

Sebagai pengguna yang bijak, masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan konsep ‘Perhati dan Pilih’ demi kesihatan dan kesejahteraan bersama.

Foto: Facebook Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Related Posts

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

LUMUT – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada satu batu nautika dari pantai, kira-kira 0.1 batu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri