Remaja 14 tahun antara 3 ditahan kes serangan di Pasar Batu 8

SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dipukul beramai-ramai ketika menjalankan rondaan di Pasar Batu 8, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan warga Filipina itu ditahan pada Sabtu di beberapa lokasi berasingan iaitu di Batu 8, Kampung (Kg) Bariawa dan kawasan setinggan Kg Melayu.

Menurut George, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh anggota penguat kuasa MPS yang terlibat dalam kejadian tersebut pada Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 332 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak