Kerajaan berjaya ketepi perintah Mahkamah Tinggi bayaran pelarasan pencen pesara

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin membenarkan rayuan kerajaan berhubung pelarasan bayaran pencen pesara perkhidmatan awam berdasarkan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikeluarkan pada 2016.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan pihak kerajaan selaku perayu berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya menyegerakan pembayaran pencen penjawat awam diselaraskan mengikut formula sebelum pindaan 2013.

Pelarasan tersebut dibuat berdasarkan gaji akhir pesara menerusi Pekeliling JPA 2016 yang berkuat kuasa mulai Januari 2022 dan melibatkan kira-kira 530,000 pesara kerajaan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, diketuai Lim Chong Fong yang bersidang bersama Azhahari Kamal Ramli dan Meor Hashimi Abdul Hamid.

Pada 9 September 2025, panel berkenaan selesai mendengar hujah pihak-pihak terlibat dengan Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi yang mewakili kerajaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) selaku perayu manakala peguam Datuk Dr. Baljit Singh Sindhu mewakili pesara, Aminah Ahmad.

Aminah memfailkan saman terhadap kerajaan pada 2017 di atas kapasiti peribadinya dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam mendakwa pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen menyebabkan keadaan yang agak merugikan kepada beliau berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini mengikut Akta Pelarasan Pencen 1980.

Saman tersebut bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2020.

Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred berkenaan, bagaimanapun pindaan 2013 yang diperkenalkan adalah berdasarkan kadar rata (flat rate) dua peratus kenaikan tahunan.

Pada 13 Januari 2022, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Aminah dan memutuskan bahawa pelarasan pencen tahunan sebanyak dua peratus secara `flat rate’ sejak Januari 2013 telah memberikan manfaat yang kurang kepada pesara kakitangan awam.

Mahkamah Rayuan memutuskan demikian atas alasan pindaan tersebut telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, keadaan semasa sebelum pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 akan terus diguna pakai.

Pada 27 Jun 2023, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pada 12 Januari 2024, Aminah memfailkan permohonan semakan kehakiman enam bulan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan.

Menurut permohonan semakan kehakiman tersebut, Aminah memohon perintah mandamus (memaksa) terhadap kedua-dua responden untuk menyegerakan penyelarasan pencen kepada amaun kelayakan pencen mengikut formula yang terkandung dalam Seksyen 3 dan 6 Akta Penyelarasan Pencen 1980.

Pada 16 Januari 2025, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh membenarkan semakan kehakiman Aminah dan mengarahkan kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan dari tarikh keputusan.

Bagaimanapun, pada 4 Mac 2025, Amarjeet membenarkan permohonan kerajaan untuk menangguhkan bayaran tunggakan pencen kepada 531,976 pesara berjumlah RM1.7 bilion, sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak