Kawasan berisiko dinaiki air di Limbang terkawal

LIMBANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang melaksanakan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah ini bagi memastikan keadaan semasa berada dalam keadaan selamat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Limbang, Lt (PA) Jumaat Akasas berkata, Skuad Charlie APM Limbang dikerah ke beberapa kawasan berisiko untuk melakukan rondaan di kawasan Limbang Housing dan Taman Damai susulan kebimbangan kenaikan paras air akibat keadaan cuaca semasa.

Katanya, hasil pemantauan mendapati situasi di kedua-dua kawasan berkenaan masih dalam keadaan terkawal dengan paras air berada pada tahap normal serta menunjukkan trend penurunan.

Menurutnya, jalan utama di Taman Damai dilaporkan mengalami genangan air setinggi kira-kira 0.06 meter namun masih boleh dilalui oleh kenderaan kecil.

“APM Limbang akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta bersiap siaga untuk memberikan bantuan sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan dengan menghubungi talian APM Limbang di 085-210471 atau talian kecemasan MERS 999.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM