Saberkas platform terbaik perkasa belia Limbang

LIMBANG – Penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti persatuan amat penting bagi menjamin kesinambungan kepimpinan dan pembangunan masyarakat pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, sehubungan itu, organisasi seperti Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) dilihat sebagai platform terbaik untuk menghimpunkan golongan tersebut.

“Penyertaan belia dalam Saberkas amat digalakkan kerana mereka merupakan pelapis generasi akan datang yang bakal meneruskan kelangsungan pembangunan masyarakat dan negeri.

“Melalui penglibatan dalam persatuan, anak muda bukan sahaja dapat menimba pengalaman kepimpinan, malah berpeluang mengembangkan potensi diri serta membina semangat kerjasama dalam komuniti,” katanya ketika berucap pada Program Saberkas Prihatin dan Iftar Ramadan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota turut memuji inisiatif Saberkas yang aktif menganjurkan pelbagai pertandingan sukan bagi memupuk gaya hidup sihat.

Jelasnya, penganjuran sukan itu turut membuka laluan kepada peserta untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi seperti Kejohanan Sukan Antara Saberkas (KASUS).

“Pertandingan sebegini mampu mencungkil bakat baharu. Mereka yang berpotensi boleh diketengahkan untuk mewakili daerah dan seterusnya negeri dalam kejohanan yang lebih besar,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mengingatkan penduduk di daerah itu supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Tegasnya, hujan lebat berterusan boleh meningkatkan risiko banjir kilat dan tanah runtuh, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah serta berhampiran cerun.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mengambil kesempatan mengajak orang ramai untuk memeriahkan Pesta Limbang yang dijadual berlangsung pada Julai depan, yang pastinya bakal merancakkan ekonomi usahawan tempatan selain menjadi tarikan pelancong.

Beliau pada masa sama menzahirkan penghargaan buat Saberkas Bukit Kota atas komitmen dan dedikasi berterusan mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta menyantuni masyarakat setempat.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang