‎RM1 juta bina Bazar Usahawan Masjid di Papar ‎

PAPAR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membina Bazar Usahawan Masjid di Masjid Jamek Haji Said Derun, Kampung Malagui Kelatuan.

‎Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kementerian dalam mengangkat martabat penjaja dan peniaga kecil di kawasan luar bandar melalui penyediaan premis yang lebih teratur serta sistematik.

‎”Saya mahu projek ini disegerakan agar komuniti usahawan kariah masjid dapat menikmati faedah pembangunan ini dengan lebih awal.

‎”Bagi memastikan kelestarian pengurusan, saya menyarankan penubuhan Koperasi Kariah Masjid untuk menguruskan bazar ini secara profesional dengan bimbingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa),” katanya selepas ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bazar Usahawan Masjid tersebut, pada Sabtu.

Projek strategik yang dilaksanakan oleh UDA Holdings itu merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Premis Tamu Desa yang dijangka memberi manfaat langsung kepada sekurang-kurangnya 20 usahawan mikro tempatan.

‎Mengulas lanjut, Mohamad menyifatkan kerjasama strategik antara KUSKOP dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam penggunaan tanah wakaf masjid sebagai satu sinergi positif demi kemaslahatan komuniti setempat.

‎Dalam majlis sama, Mohamad turut menyantuni golongan asnaf melalui penyampaian sumbangan Aidilfitri berjumlah RM50,000 yang diagihkan kepada 500 penerima.

Selain itu, sebanyak lapan buah masjid dan 38 surau di sekitar daerah ini turut menerima sumbangan berjumlah RM84,000 bagi tujuan aktiviti pengimarahan serta penyelenggaraan infrastruktur.

‎Program berkenaan turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi di bawah KUSKOP termasuk Tekun Nasional, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp dan Pernas dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik di Sabah.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan