‎Program Pendidikan MADANI bantu tingkat prestasi pelajar Sepanggar

SEPANGGAR – Pejabat Parlimen Sepanggar terus komited memperkasakan agenda pendidikan di kawasan itu menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah payung MADANI bagi memastikan kecemerlangan akademik pelajar terus meningkat.

Menteri di Jabatan ‎Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, antara usaha utama yang diperkenalkan adalah Program Tuisyen Percuma MADANI yang dirangka khusus untuk membantu pelajar menguasai mata pelajaran penting demi keputusan peperiksaan yang lebih baik.

‎”Selain bimbingan akademik, Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI turut diwujudkan sebagai bentuk pengiktirafan dan motivasi kepada anak-anak Sepanggar.

‎”Anugerah ini merupakan penghargaan buat mereka yang menunjukkan kesungguhan sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” ujarnya semasa berucap dalam majlis Sungkai Sepanggar MADANI yang berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Menurut Mustapha, pendidikan kekal sebagai instrumen paling ampuh dalam mencorakkan masa depan generasi muda, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

‎”Anak-anak tahfiz dan seluruh anak Sepanggar perlu terus mempunyai azam untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

‎”Pendidikan adalah kunci utama untuk membina masa depan yang lebih sempurna, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga buat keluarga dan masyarakat,” kongsinya.

‎Dalam pada itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar turut memaklumkan Pejabat Parlimen Sepanggar sentiasa terbuka dalam membantu meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.

‎”Pelajar yang mendapat tawaran dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti boleh memohon bantuan pendidikan melalui Pejabat Parlimen Sepanggar,” kongsinya.

Related Posts

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

MIRI – Seorang lelaki maut akibat dihempap sebuah jentolak dalam satu insiden tragis yang berlaku di kawasan Long Seridan, Marudi pada Ahad. Mangsa yang dikenali sebagai Mancha Lingan, 40, disahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0