PKR sokong pendirian Sepanyol pertahan undang-undang antarabangsa

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan sokongan terhadap pendekatan kerajaan Sepanyol yang mempertahankan prinsip undang-undang antarabangsa susulan konflik ketenteraan membabitkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik berkata, parti itu memuji ketegasan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, yang secara terbuka mengecam tindakan ketenteraan unilateral terhadap Iran yang disifatkan sebagai tidak berasas serta melanggar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan Sepanyol menafikan akses kepada Amerika Syarikat terhadap pangkalan dan kemudahan wilayahnya bagi tujuan melancarkan operasi ketenteraan turut mencerminkan pendirian jelas negara itu dalam mempertahankan kedaulatan serta menolak penglibatan dalam konflik yang semakin memuncak di Asia Barat,” katanya dalam satu kenyataan.

Maszlee berkata, ketegasan Sepanyol itu turut memberikan mesej penting bahawa sesebuah negara tidak seharusnya menjadi landasan kepada tindakan ketenteraan yang boleh mengancam kestabilan serantau.

Sebaliknya, katanya, negara terbabit perlu memainkan peranan sebagai penjaga keamanan melalui pendekatan diplomasi.

Dalam masa sama, PKR menyeru masyarakat antarabangsa supaya menyokong usaha gencatan senjata segera serta mengembalikan rundingan yang difasilitasi PBB bagi meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

Tambahnya, pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip multilateralisme perlu terus diperkukuh bagi memastikan kestabilan global tidak terjejas akibat tindakan unilateral mana-mana pihak.

  • Related Posts

    Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

    IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

    KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

    ‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

    Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

    Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

    Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

    Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

    Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

    Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

    KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026