Insiden kereta api Pangi: Enam anak muda terima motosikal baharu

TENOM –  Enam anak muda yang terlibat dalam insiden kereta api antara Tenom dan Pangi baru-baru ini menerima sumbangan enam buah motosikal bagi menggantikan motosikal mereka yang remuk dalam kejadian berkenaan.

‎Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga ADUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, sumbangan tersebut disampaikan bagi pihak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

‎“Hari ini kita menyampaikan enam buah motosikal bagi pihak ketua kepada enam anak muda yang terlibat dalam peristiwa kereta api antara Tenom dan Pangi empat hari lalu.

‎”Bantuan berkenaan diharapkan dapat membantu golongan belia terbabit meneruskan kehidupan harian serta mencari rezeki walaupun tinggal di kawasan yang sukar diakses.

‎”Ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap nasib masyarakat di kawasan luar bandar,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyerahan motosikal tersebut kepada para penerima di Tenom.

‎Dalam pada itu, Jamawi berkata , laluan antara Kampung Pangi dan Pekan Tenom sering terjejas terutama ketika musim hujan atau tengkujuh sehingga menyukarkan pergerakan penduduk.

‎“Setiap kali hujan ataupun musim tengkujuh, laluan ini memang terjejas.

‎”Dalam tempoh tiga hingga empat bulan tanpa laluan yang baik, mereka terpaksa berjalan kaki dari Kampung Pangi ke Pekan Tenom sehingga enam jam.

‎“Inilah kesulitan yang mereka hadapi dan perkara ini difahami oleh Ketua Menteri,” kongsinya.

‎Sehubungan itu, Jamawi berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah supaya mempercepatkan proses pembinaan jalan yang menghubungkan Tenom dengan Kampung Pangi.

‎”Walaupun kawasan berkenaan masih belum mempunyai alternatif pengangkutan yang mencukupi, faktor keselamatan penduduk tetap perlu diberi perhatian.

‎”Masyarakat pedalaman juga menunjukkan semangat tinggi untuk terus berusaha memajukan diri dan keluarga walaupun berdepan kekangan infrastruktur.

‎“Mereka masih mempunyai inisiatif untuk memajukan diri serta membantu keluarga masing-masing,” katanya.

‎Penerima-penerima motosikal tersebut ialah Sarudi  Siden, Julintoh Landan, Lewi Rani, Mike Yulon, Leinto Landan dan Tunih Rani.

  • Related Posts

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan