Lelaki ditahan disyaki jadi ‘keldai akaun’

SARATOK – Tindakan seorang pemuda menyerahkan kad pengenalannya kepada individu tidak dikenali membawa padah apabila dia ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pinjaman tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Saratok pada Rabu lalu.

Menurutnya, tangkapan tersebut dibuat bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis di Sarikei membabitkan kerugian mencecah belasan ribu ringgit.

“Siasatan awal mendapati kes ini melibatkan sindiket penipuan yang menawarkan pinjaman tidak wujud melalui platform dalam talian sehingga menyebabkan mangsa berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM11,386.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai berperanan sebagai ‘keldai akaun’ yang digunakan oleh sindiket terbabit bagi menerima wang daripada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu, suspek bagaimanapun mendakwa bukan pemilik sebenar akaun sebuah bank yang digunakan dalam transaksi berkenaan.

Jelasnya, pemuda terbabit mendakwa dia pernah menyerahkan kad pengenalannya kepada dua individu di kawasan Pakan sebelum dokumen identiti itu dipulangkan kepadanya bersama upah sebanyak RM60.

“Suspek juga mendakwa langsung tidak mengetahui mengenai dua transaksi kemasukan wang ke dalam akaun bank tersebut yang masing-masing berjumlah RM3,643 dan RM2,310,” ujarnya.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mathew menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya menyerahkan dokumen peribadi penting seperti kad pengenalan kepada pihak tidak dikenali.

Tegasnya, kecuaian tersebut boleh menyebabkan identiti mereka disalahgunakan oleh sindiket jenayah untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia