eCOSS tingkat ketepatan agihan subsidi minyak masak

TAWAU – Pelaksanaan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) bagi pembelian minyak masak peket dilihat mampu meningkatkan ketepatan pengagihan subsidi serta memastikan manfaat disalurkan khusus kepada warganegara, sekali gus mengurangkan ketirisan yang berlaku sebelum ini.

Seorang pengguna, Nasrawati Syarifuddin, 35, berkata penggunaan sistem eCOSS memberi kelebihan berbanding kaedah lama kerana ia memantau setiap pembelian dan menghalang pembelian oleh bukan warganegara.

“Sistem ini sangat membantu dalam memastikan subsidi dinikmati oleh mereka yang berhak.

“Bekalan juga lebih terkawal dan pengagihan menjadi lebih teratur,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Khamis.

Walaupun sistem berkenaan amat bermanfaat, Nasrawati mengakui warga emas yang kurang mahir menggunakan telefon pintar mungkin menghadapi sedikit cabaran kerana proses pembelian memerlukan imbasan kod QR dan pengesahan identiti melalui aplikasi.

“Ramai warga emas mungkin memilih minyak botol kerana prosesnya lebih mudah, tetapi saya rasa dengan sedikit bimbingan pekerja kaunter atau ahli keluarga, mereka juga boleh menggunakan sistem ini.

“Yang penting, subsidi sampai kepada yang berhak,” tambahnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Mohammad Azizul Ashyraf, menegaskan sistem eCOSS juga berkesan mengurangkan aktiviti sorok stok atau penjualan semula yang kerap berlaku sebelum ini, kerana setiap pembelian direkod dan bekalan sentiasa ada.

“Jika sistem ini dipertingkat dan dibuat lebih mesra pengguna, pengagihan subsidi akan menjadi lebih adil, tersusun dan berkesan.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima subsidi, malah memastikan pengurusan bekalan lebih sistematik,” katanya.

Dalam pada itu. Azizul turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas inisiatif khusus untuk rakyat Malaysia melalui bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI95, yang membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah.

Katanya, pelaksanaan eCOSS kini dilihat sebagai satu langkah positif dalam memastikan subsidi kerajaan sampai kepada rakyat yang layak, sambil mengekalkan bekalan minyak masak peket sentiasa mencukupi di pasaran.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos