KKTP rancang jelajah Sabah pantau prestasi perkhidmatan

KOTA KINABALU – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah merancang mengadakan jelajah ke seluruh daerah di Sabah selepas Ramadan bagi memantau prestasi perkhidmatan selain mendapatkan cadangan serta maklum balas daripada agensi kerajaan tempatan dan masyarakat.

Menterinya, Datuk Arifin Mohd. Arif berkata, beliau bersama pembantu-pembantu menteri, Setiausaha Tetap kementerian serta kepimpinan tertinggi akan turun padang menilai prestasi selain menerima input daripada ketua-ketua eksekutif majlis daerah, pegawai agensi dan masyarakat setempat.

“Program jelajah itu akan dilaksanakan bersama KKTP serta agensi Hal Ehwal Islam dengan mengadakan sesi taklimat, suai kenal serta pertemuan bersama warga majlis daerah, majlis perbandaran dan komuniti setempat.

“Kita juga akan mengadakan beberapa program di daerah-daerah, antaranya program yang dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan juga oleh KKTP sendiri,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat dan Berbuka Puasa Menteri KKTP bersama ketua-ketua jabatan, presiden, pegawai eksekutif serta kakitangan kementerian itu di Wisma Innoprise, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Arifin turut menyeru seluruh warga di bawah KKTP agar terus meningkatkan prestasi dan melakukan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya meminta semua pihak untuk terus meningkatkan prestasi dan membuat penambahbaikan.

“Saya lihat majlis daerah, majlis perbandaran dan agensi di bawah KKTP telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Tinggal kita tambah baik sahaja apa yang perlu kita perbaiki,” katanya.

Majlis tersebut dihadiri kakitangan ibu pejabat KKTP selain wakil daripada 26 majlis daerah dan majlis perbandaran di seluruh Sabah serta agensi di bawah portfolio Exco Hal Ehwal Agama.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia