Wujud pasukan respons awal kecemasan di agensi, premis tumpuan umum – Abdullah Saidol

KUCHING – Setiap agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta premis tumpuan umum disaran mewujudkan kumpulan petugas khusus yang terlatih dalam rawatan awal kecemasan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, langkah itu penting bagi memastikan bantuan awal dapat diberikan kepada mangsa kemalangan atau kecemasan di lapangan sebelum ketibaan pihak ambulans.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Sentuhan Prihatin: Corporate Social Responsibility (CSR) Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Kuching di Pustaka Negeri Sarawak, pada Khamis.

Program tersebut memfokuskan kepada sesi perkongsian mengenai latihan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) serta penggunaan Automated External Defibrillator (AED) oleh pihak BSMM.

Menurut Abdullah, beliau turut menyarankan agar pihak pengurusan di pusat beli-belah atau gerai makanan mempunyai sekurang-kurangnya dua hingga tiga individu sihat tubuh badan yang dilatih dengan kemahiran kecemasan asas.

“Bila kejadian (kemalangan atau kecemasan) berlaku, mesti ada dalam kalangan orang awam yang faham, bersedia dan punya tanggungjawab moral untuk membantu rawatan awal supaya kecederaan tidak menjadi teruk atau mengelakkan kes kematian.

“Saya juga telah menyuruh Pengarah UKAS untuk melibatkan rakan BSMM dalam setiap program libat urus komuniti, terutama di luar bandar, supaya kita dapat melatih warga muda dan pemimpin kampung (JKKK) bertindak sebagai pasukan respons awal,” jelasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai isu kebajikan pengamal media, beliau tampil memperjelaskan kekeliruan berhubung pemberian dana oleh kerajaan negeri yang disangkakan sebagai bantuan kewangan RM700 kepada individu.

Tegasnya, nilai RM700 itu hanyalah satu formula yang didarabkan dengan jumlah keahlian untuk disumbangkan terus ke dalam tabung persatuan-persatuan media, bertujuan bagi menampung kos aktiviti dan kebajikan ahli mereka.

Dalam perkembangan sama, beliau turut membawa khabar gembira apabila Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara dasarnya telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah kelab (clubhouse) khas buat pengamal media di negeri ini.

Ujarnya, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan infrastruktur bertaraf antarabangsa serta tanah bagi membolehkan warga media berkumpul, beriadah dan mempunyai ruang bekerja yang memandangkan menuntut operasi kerja 24 jam.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan