PBS masih relevan, perlu ‘rebranding’ hadapi PRU akan datang – Joachim

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) yang kini memasuki usia 41 tahun disifatkan masih relevan dalam landskap politik negeri Sabah, namun perlu melalui proses ‘rebranding’ bagi memastikan perjuangan parti terus difahami dan dekat di hati rakyat.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, walaupun parti itu telah melalui pelbagai cabaran sejak ditubuhkan pada 1985, PBS masih berdiri teguh dan kekal memainkan peranan penting dalam politik negeri.

“Sepanjang tempoh tersebut kita telah melalui pelbagai cabaran dan ujian, namun sehingga hari ini kita masih berdiri teguh sebagai sebuah parti yang terus relevan dalam landskap politik negeri Sabah.

“Kita akan terus kekal relevan kerana perjuangan kita masih belum selesai,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun PBS ke-41.

Menurut Joachim, rakyat kini semakin bijak menilai kepimpinan politik, justeru PBS perlu terus bekerja dan membuktikan komitmen terhadap kebajikan rakyat.

“Saya mencadangkan agar kepimpinan tertinggi parti mengadakan sesi perbincangan khas bagi merangka hala tuju baharu parti melalui usaha penjenamaan semula.

“Langkah tersebut penting bagi memperkasakan parti serta memastikan perjuangannya lebih difahami oleh generasi muda dan masyarakat secara keseluruhan,” ujarnya.

Jelas Joachim, antara cadangan yang dikemukakan termasuk memperkukuhkan kepimpinan belia dan beliawanis di peringkat akar umbi, selain menubuhkan Akademi PBS di zon-zon parti bagi melahirkan pemimpin pelapis.

Katanya, ia adalah antara usaha penting yang perlu dilaksanakan bagi memastikan PBS terus berkembang untuk jangka masa panjang.

Dalam pada itu, Joachim turut menzahirkan penghargaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menurutnya telah membawa perubahan positif kepada negeri itu.

Mengulas mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam masa terdekat, Joachim menegaskan PBS perlu membuat persiapan rapi termasuk mengenal pasti calon yang berwibawa, berintegriti serta mempunyai potensi untuk menang.

“Jika calon itu adalah calon PBS, maka kita semua harus memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka.

“Jangan mempertikaikan calon yang telah dipilih, yang penting ialah kemenangan parti,” katanya.

Joachim turut mengingatkan setiap bahagian parti supaya memastikan jumlah keahlian mencukupi mengikut perlembagaan parti bagi melayakkan mereka menghantar perwakilan dalam mesyuarat parti.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka