Pelakon, suami ditahan kes tipu jual tanah RM1.5 juta

SEREMBAN – “NANTI tulis apa yang betul ya… kalau tak sahih jangan tulis… terima kasih”.

Itu pesan pelakon wanita yang disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Terdahulu wanita berusia 35 tahun dan suaminya 41 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini untuk direman bagi membantu siasatan.

Pasangan terbabit tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dibawa polis menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz.

Difahamkan, mereka sebelum itu ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pasangan terbabit direman tiga hari – sehingga 7 Mac – untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Penahanan suspek susulan aduan seorang lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa ditipu oleh rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

“Mangsa memberitahu pada 21 September 2023 ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di negeri Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ujarnya, mangsa adalah bekas ahli perniagaan dan mula berurusan dengan suspek serta membuat 195 kali transaksi bermula dari September 2023 hingga November 2025.

Tambahnya, akibat penipuan itu mangsa mendakwa mengalami kerugian RM1.5 juta.

Related Posts

Rakyat Sarawak mahu Belanjawan 2027 tangani tekanan hidup, perkukuh perlindungan sosial

KUCHING – Tekanan kos sara hidup, kebajikan warga emas, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan adalah antara perkara utama yang diharapkan rakyat mendapat perhatian khusus dalam Belanjawan 2027 yang dijadualkan dibentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemudahan mesin ATM Affin Bank, Agropark, naik taraf sekolah diperlukan di Mukah

MUKAH – Mewakili suara rakyat di Bahagian Mukah, kepimpinan tempatan melahirkan beberapa aspirasi penting kepada Kerajaan Sarawak demi merancakkan lagi potensi ekonomi dan kemudahan komuniti di kawasan pesisir berkenaan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan kedukaan Tun M bahan kandungan, pengguna media sosial perlu jaga adab – Fahmi

Jangan jadikan kedukaan Tun M bahan kandungan, pengguna media sosial perlu jaga adab – Fahmi

Rakyat Sarawak mahu Belanjawan 2027 tangani tekanan hidup, perkukuh perlindungan sosial

Rakyat Sarawak mahu Belanjawan 2027 tangani tekanan hidup, perkukuh perlindungan sosial

Kemudahan mesin ATM Affin Bank, Agropark, naik taraf sekolah diperlukan di Mukah

Kemudahan mesin ATM Affin Bank, Agropark, naik taraf sekolah diperlukan di Mukah

22 saman dikeluarkan, OPS bersepadu tumpu kes curi kenderaan, jenayah narkotik

22 saman dikeluarkan, OPS bersepadu tumpu kes curi kenderaan, jenayah narkotik

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

De Bruyne watak penting Belgium kalahkan Turkiye

De Bruyne watak penting Belgium kalahkan Turkiye