Jom@Coop gerakkan koperasi dengan 650 inisiatif 2026

MIRI – Program Jom@Coop yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) terus menjadi antara aktiviti tahunan utama dalam usaha memperkukuh kefahaman komuniti koperasi dan anggotanya terhadap peranan koperasi dalam membangunkan ekonomi setempat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Mohd Zaib Mat Yunus, program berkenaan memberi pendedahan kepada gerakan koperasi dan usahawan mengenai pelbagai peluang latihan dan pendidikan koperasi yang ditawarkan oleh IKMa sepanjang tahun 2026. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap kompetensi, kemahiran serta profesionalisme dalam kalangan warga koperasi agar lebih berdaya saing dan mampan.

“Dalam memperkasakan lagi ekosistem pendidikan koperasi negara, IKMa telah menubuhkan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 28 Mac 2022 sebelum memperoleh perakuan pendaftaran rasmi sebagai institusi pengajian tinggi pada 29 Mac 2023,” tambahnya lagi.

UKKM merupakan universiti pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada bidang keusahawanan koperasi, sekali gus melengkapkan rantaian pendidikan koperasi daripada peringkat latihan asas sehingga ke peringkat akademik tertinggi.

“Selain latihan, IKMa turut menyediakan khidmat rundingan dan bimbingan bersasar secara berfokus mengikut keperluan koperasi, sekali gus memperkukuh peranan strategiknya sebagai institusi latihan dan pembangunan kapasiti gerakan koperasi di Malaysia,” jelasnya.

Bagi tahun ini, IKMa telah menyusun sebanyak 650 program di bawah beberapa kategori utama iaitu Program Pembangunan Kepimpinan Koperasi (PiMPin), Program Asas Perniagaan Koperasi (COOPBif), Program Bimbingan Koperasi Bersasar serta Program Belia dan Komuniti Koperasi. Program-program ini dirangka bagi memenuhi keperluan semasa koperasi, khususnya dalam aspek tadbir urus dan pembangunan perniagaan.

Turut hadir Haji Azli Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) merangkap Ahli Parlimen P.108 Shah Alam, Mohd Zaib Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Syarifah Rohaya Wan Idris, Ketua cawangan Institut Koperasi Malaysia(IKMa) Zon Sarawak Cawangan Miri, ketua dan wakil agensi di bawah KUSKOP, Pegawai Agensi Persekutuan dan Negeri, Lembaga Koperasi dan Koperator, ketua masyarakat dan ketua kaum.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan