Ada keperluan RCI ditubuh siasat kewujudan mafia korporat

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ yang dikatakan menyalahgunakan institusi penguatkuasa untuk kepentingan peribadi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, cadangan tersenit antara tiga ketetapan diputuskan dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti Kuala Lumpur, malam Rabu.

“Kerajaan perlu menangani isu ini dengan berkesan untuk mempertahankan kewibawaan institusi SPRM melalui penubuhan RCI.

“RCI itu bagi menyiasat secara menyeluruh dakwaan itu dan mencadangkan langkah-langkah untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dalam institusi terbabit,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Terdahulu, media antarabangsa, Bloomberg sebelum ini mendakwa mengenai kewujudan gejala mafia korporat dengan menyediakan ‘perkhidmatan’ intimidasi bagi memaksa pengambilalihan syarikat.

Laporan itu turut mendakwa wujud rangkaian ahli perniagaan dan pegawai SPRM yang menggunakan serbuan serta siasatan untuk memberi tekanan kepada eksekutif supaya menjual pegangan saham dalam syarikat disasarkan.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menafikan dakwaan berkenaan sambil menyifatkannya tidak berasas, selain menggesa mana-mana pihak mempunyai maklumat membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Loke memaklumkan, DAP kecewa terhadap kegagalan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Justeru, katanya, DAP menggesa kerajaan untuk membentangkan semula RUU berkenaan dalam sidang Parlimen akan datang untuk merealiisasikan agenda reformasi penting itu.

“DAP menyokong keputusan kerajaan merujuk RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Wakil DAP dalam jawatankuasa berkenaan iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan akan berperanan untuk menambah baik aspek akauntabiliti serta ketelusan proses pelantikan jawatan itu.

“DAP terus komited mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, selain menyokong penuh usaha memerangi rasuah,” katanya.

Related Posts

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

PUTRAJAYA – Pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) diharapkan bukan sekadar `cakap-cakap’ atau berlandaskan kompromi politik, namun perlu dilaksanakan telus, berakauntabiliti dan dilindungi. Presiden Badan Peguam Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

PRN Johor penentu hala tuju negeri,  kesejahteraan rakyat

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan