Dua rumah musnah, lima keluarga tinggal sehelai sepinggang

KOTA SAMARAHAN – Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Bukit Berangan pada Rabu.

Insiden mengejut itu telah mengakibatkan seramai 12 mangsa yang terdiri daripada tujuh dewasa dan lima kanak-kanak hilang tempat berteduh.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Paul Senum berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.33 tengah hari.

Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dengan dibantu BBP Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada jam 12.48 tengah hari, didapati kebakaran melibatkan dua rumah struktur kekal satu tingkat yang telah musnah 100 peratus.

“Turut terjejas adalah sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan kira-kira 40 peratus. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Paul memberitahu, operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan teknik ofensif dan defensif dengan membentang 200 kaki hos, dua nozel serta satu cabang pembahagi.

Tambah beliau, api berjaya dikawal pada jam 1.15 petang sebelum kerja-kerja overhaul dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Operasi kemudiannya ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 petang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Bukit Berangan, Rizal Abu Saman bersama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bergegas ke lokasi sejurus kejadian bagi meninjau keadaan mangsa.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, pihak JKKK turut menyalurkan bantuan awal berupa sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Related Posts

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor