Al-Sultan Abdullah dukacita insiden pelajar pijak al-Quran

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali lagi menzahirkan dukacita dan kesal atas insiden yang dilihat sengaja mengganggu-gugat keharmonian negara serta negeri ini.

Baginda bertitah, kekesalan itu termasuk isu terkini yang membabitkan seorang pelajar universiti awam di negeri ini didakwa memijak naskhah kitab suci al-Quran.

Baginda menegaskan perbuatan itu bukan saja amat biadab, malah satu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati.

“Apabila al-Quran dipijak, maka yang tercalar bukan sekadar kertasnya tetapi kesucian wahyu dan maruah umat.

“Dalam hal ini, saya menegaskan apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan. Diam dalam keadaan agama dihina adalah tanda lemahnya jiwa dan pudarnya maruah.

“Sepertimana ungkapan pernah dizahirkan oleh Buya Hamka: ‘Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.

“Ungkapan ini bukan seruan kepada keganasan tetapi peringatan bahawa mempertahankan maruah agama adalah kewajipan moral dan tanggungjawab iman.

“Namun, mempertahankannya hendaklah dengan hikmah, adab dan berpandukan undang-undang,” titah baginda, lapor Berita Harian.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian masjid baharu FELDA Jengka 19 yang dimasyhurkan dengan nama Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, FELDA Jengka 19 di Maran, petang semalam.

Titah Al-Sultan Abdullah lagi, Islam menuntut ketegasan tetapi dalam lingkungan keadilan.

“Kita tidak boleh membiarkan penghinaan berlaku, namun kita juga tidak boleh membalas dengan tindakan yang meruntuhkan keamanan. ‘Menang jadi arang, kalah jadi abu‘… jika emosi menguasai akal, semua pihak akan rugi.

“Sebagai ketua dan pelindung agama Islam negeri ini, saya menegaskan sebarang penghinaan terhadap Islam wajib ditangani secara tegas tanpa kompromi menurut lunas undang-undang.

“Kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina agama. Biar mati anak, jangan mati adat, dan adat paling utama di negeri ini ialah menghormati agama sebagai tunjang.

“Pada masa sama, saya ingin menegaskan mempertahankan kesucian Islam tidak bererti menafikan hak dan penghormatan terhadap agama-agama lain,” titah baginda.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil