‎ ‎SOGSC sasar penguasaan 60 peratus kontrak OGSE Sabah, tolak amalan ‘Ali Baba’

KOTA KINABALU – Sabah Oil & Gas Services Council (SOGSC) meletakkan sasaran tinggi untuk memastikan syarikat tempatan menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus penganugerahan kontrak dalam sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) di negeri ini menjelang akhir tahun.

‎SOGSC dalam satu kenyataan yang dikongsikan berkata, sasarannya itu selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperkasakan agenda kandungan tempatan (local content) bagi memastikan kekayaan sumber asli Sabah dinikmati secara langsung oleh rakyat dan usahawan tempatan.

‎”Persidangan dan Pameran OGSE Sabah 2026 pada 4 hingga 6 Jun depan akan menjadi medan utama untuk merealisasikan sasaran tersebut.

‎”SOGSC memberikan komitmen penuh untuk memudah cara sinergi antara pemain antarabangsa dan tempatan. Fokus kita jelas, iaitu pemindahan teknologi dan perluasan pasaran bagi usahawan Sabah.

‎”Kita tidak mahu Sabah sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya mahu usahawan kita menjadi pemain utama yang kompetitif dan diiktiraf di peringkat global,” ujar kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

‎SOGSC turut menyokong ketegasan Kerajaan Negeri dalam membasmi amalan ‘Ali Baba’ yang hanya merugikan pembangunan kapasiti sebenar vendor tempatan.

‎”Setiap kontrak yang dianugerahkan di bawah kuota tempatan mestilah dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat Sabah yang mempunyai kepakaran tulen.

‎”Melalui OGSE Sabah 2026, kita akan memperincikan Pelan Hala Tuju OGSE Sabah Lima Tahun (2026–2030) yang bakal menjadi cetak biru pembangunan industri.

‎”Ini penting untuk memastikan limpahan ekonomi daripada sektor ini mampu menjana peluang pekerjaan berkualiti tinggi dan berpendapatan lumayan bagi anak-anak Sabah,” jelasnya.

‎Selain itu, persidangan dwi-tahunan yang mendapat sokongan padu Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) itu dijangka menarik lebih 5,000 pelawat dan 200 pempamer dari seluruh dunia.

‎”Sabah kini berada di ambang era baharu sebagai ‘Frontier Tenaga Seterusnya’. Kami menjemput semua pelabur dan pemimpin industri untuk melihat sendiri kesediaan vendor tempatan kita dalam mendepani teknologi masa hadapan.

‎”SOGSC merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas dasar mesra pelabur yang telah melonjakkan nilai kontrak vendor tempatan daripada RM341 juta kepada lebih RM2 bilion dalam tempoh singkat,” kongsi kenyataan media tersebut.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kewangan negara dijangka kembali kukuh semula dalam tempoh 2 tahun

BANGI – Kedudukan kewangan negara dijangka akan kembali kukuh dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi beberapa langkah demi  mengurangkan defisit secara berperingkat. Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014