SPRM tahan polis trafik minta, terima rasuah RM30,000

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang anggota polis trafik di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Menurut sumber, suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu disyaki menerima rasuah kira-kira RM30,000 daripada beberapa individu dan pemilik lori sebagai balasan melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 dan 2025 dengan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber itu menjelaskan, suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk mendapatkan perintah reman, hari ini.

“Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar membenarkan perintah reman ke atas suspek selama empat hari sehingga 6 Mac ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014