Kewangan negara dijangka kembali kukuh semula dalam tempoh 2 tahun

BANGI – Kedudukan kewangan negara dijangka akan kembali kukuh dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi beberapa langkah demi  mengurangkan defisit secara berperingkat.

Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkata, usaha mengukuhkan semula kewangan kerajaan memerlukan masa berikutan pelbagai komitmen kewangan yang masih perlu ditanggung.

“Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan. Tapi ia adalah proses yang perlahan dan akan mengambil masa.

“Insya-Allah dalam masa dua hingga tiga tahun ini, defisit pun akan dikurangkan dan kewangan kerajaan akan dipulihkan semula,” katanya pada program Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji di sini.

Tambahnya, komitmen kewangan kerajaan bukan hanya membabitkan isu Tabung Haji, sebaliknya turut merangkumi pelbagai tanggungan daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Antara komitmen berkenaan ialah berkaitan Felda dan FGV yang dianggarkan mencecah RM10 bilion, selain baki bon 1MDB serta projek pembiayaan inisiatif swasta (PFI) yang turut melibatkan jumlah besar,”katanya.

Dalam pada itu, Nurhisham berkata, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) wajar dijadikan bahan rujukan wajib oleh semua institusi yang menguruskan dana dan amanah rakyat.

Menurut beliau, kepincangan dalam TH boleh berlaku di mana-mana institusi sekiranya aspek tadbir urus, mekanisme semak dan imbang serta kawalan dalaman tidak dilaksanakan dengan sewajarnya.

“Apa yang telah berlaku dekat Tabung Haji itu sebenarnya boleh berlaku di mana-mana institusi.

“Saya rasa RCI itu sepatutnya menjadi mandatory reading untuk mana-mana institusi yang memegang amanah rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Nurhisham berkata, penambahbaikan dalam aspek tadbir urus, semak dan imbang serta kawalan perlu dilaksanakan di semua institusi kewangan, sama ada berskala besar mahupun korporat lebih kecil.

Jelasnya, pengajaran daripada RCI berkenaan tidak seharusnya dilihat hanya sebagai panduan kepada TH, sebaliknya perlu dimanfaatkan semua institusi yang menguruskan wang dan amanah rakyat.

“Bagaimanapun, sebarang sistem kawalan dan semak imbang yang diwujudkan tetap bergantung kepada integriti individu yang diberikan tanggungjawab menguruskan dana awam.

Beliau pada masa sama turut menyokong penuh langkah tidak melibatkan ahli politik aktif dalam pengurusan mana-mana dana awam bagi mengelakkan konflik kepentingan dan salah guna kuasa.

“Sebab itu penting di mana kita tidak ada ahli politik aktif yang terlibat dalam pengurusan mana-mana dana awam. Ini, pada saya, adalah satu pengajaran untuk kita semua, bukan untuk Tabung Haji sahaja,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan