Semangat muhibah, perpaduan warnai sambutan Tahun Baharu Cina di Pujut

MIRI – Kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama memeriahkan majlis Persembahan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut malam tadi, sekali gus membuktikan keutuhan semangat harmoni di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii berkata, beliau amat gembira melihat semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh rakyat setempat pada majlis berkenaan.

“Suasana ini mencerminkan keindahan sebenar Sarawak yang berteraskan keharmonian dan sikap saling menghormati antara satu sama lain yang wujud sejak sekian lama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Adam memberitahu, pelbagai usaha dan inisiatif telah digerakkan bagi membantu komuniti setempat di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.

Jelas beliau, ia melibatkan penyaluran peruntukan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Kesemua inisiatif ini bertujuan menaik taraf kemudahan asas serta memperkukuhkan lagi pembangunan setempat demi kesejahteraan rakyat di kawasan Pujut,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pentadbiran negeri, beliau menegaskan bahawa di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Sarawak terus melakar pelbagai kejayaan membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Antara inisiatif utama kerajaan Sarawak ialah pelaksanaan pendidikan tinggi percuma, penubuhan syarikat penerbangan milik negeri iaitu AirBorneo, pengukuhan institusi kewangan strategik melalui Affin Bank, serta rancaknya pembinaan infrastruktur baharu seperti jambatan yang merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat.

Mengakhiri ucapannya, Adam menzahirkan harapan agar sambutan Tahun Baharu Cina kali ini membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai sebarang keperluan atau permasalahan supaya tidak segan untuk menghubungi Pusat Khidmat N74 Pujut.

“Pihak kami memberi jaminan akan terus berusaha membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan sebaik mungkin,” tambahnya.

Foto: Facebook Adam Yii

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP