2,218 anak yatim di Klang tersenyum terima bantuan persiapan Aidilfitri

TIADA apa yang lebih menggembirakan bagi 2,218 anak yatim di daerah Klang selain nasib mereka tidak dilupakan menjelang Aidilfitri ini.

Sambutan raya tanpa ayah dan ibu atau kedua-duanya sekali tidak sama seperti kanak-kanak lain yang masih berkeluarga, namun sekurang-kurangnya dapat membuktikan kepada mereka masih ada yang sayang terhadap mereka.

Begitulah yang dilakukan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) semalam, apabila telah memberi sumbangan berjumlah RM332,700 kepada anak-anak yatim di daerah ini bagi persiapan menyambut Syawal.

Pengerusinya, Mazlan Mansor berkata, majlis di Masjid Kampung Raja Uda itu adalah siri keempat sepanjang Ramadan tahun ini.

Seramai 679 penerima hadir menerima RM150 setiap seorang, manakala 1,470 lagi menerima sumbangan sama melalui kredit terus ke akaun bank.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berangkat, menzahirkan keprihatinan institusi Diraja Selangor selaras titah Sultan Sharafuddin Idris Shah agar kebajikan anak yatim terus diberi perhatian. Tahun ini, YIDE memperuntukkan RM1.87 juta untuk 12,470 anak yatim seluruh Selangor.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP