Tuduh kerajaan tak ambil tindakan isu hina Islam cuma persepsi

KUANTAN – Dakwaan kononnya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas dalam isu menghina agama Islam, adalah bersifat persepsi semata-mata.

Ini kerana tindakan sewajarnya telah dan sedang dilaksanakan pihak berkuasa, kata Presiden Majlis Belia Pahang, Saharuddin Ahmad.

Beliau berkata, setiap kes menyentuh sensitiviti agama perlu melalui prosedur dan garis panduan tertentu, justeru proses siasatan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

“Hal ini adalah demi memastikan perkara itu dilaksanakan secara telus, adil dan menyeluruh.

“Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menitahkan supaya sebarang perbuatan menghina Islam dan mencabar kesuciannya tidak boleh dipandang ringan serta hendaklah dikenakan tindakan setimpal mengikut peruntukan undang-undang negara,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Adam Al-Wafiy Muhammad Zailani berpandangan, tindakan pihak berkuasa dilihat pantas apabila individu disyaki terlibat ditahan, sekali gus menunjukkan proses siasatan telah bermula.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan bahawa proses penguatkuasaan berjalan mengikut lunas undang-undang, justeru orang ramai perlu memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Related Posts

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertikaikan kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

SEREMBAN – Tiada sebarang unsur paksaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan