Zahid, isteri pelawa dua beradik terselamat tragedi kebakaran sambut Aidilfitri bersama

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempelawa dua beradik yang kehilangan lima ahli keluarga dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.

Pelawaan itu dibuat ketika beliau menyantuni Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, dan Ahmad Balia Murqam, 15, melalui panggilan video yang disiarkan di akaun TikTok miliknya semalam.

Menurut beliau, hasrat berkenaan dizahirkan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis untuk disampaikan kepada dua beradik berkenaan.

“Isteri saya kirim salam dan lepas balik dari umrah nanti, Insya-Allah kami akan melawat kamu berdua.

“Kami tawar supaya untuk hari raya nanti, duduk dengan kami kalau sudilah. Untuk persiapan raya, ada sedikit yang akan kami bantu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam perbualan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi jaminan masa depan pendidikan dua beradik itu akan dipelihara sepenuhnya di bawah tanggungjawab Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tegas beliau, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah diarahkan untuk menghubungi mereka bagi urusan pengambilan sebagai anak angkat agensi berkenaan.

“MARA ini bawah kementerian saya, jadi kita akan pantau untuk memastikan dari segi pendidikan dan mengambil kepedulian mengenai masa depan Ruby Adalia Balqis dan Ahmad Balia Murqam.

“Kita akan bantu sedaya boleh, bukan sahaja dari segi perbelanjaan bulanan, malah kita juga akan urus urusan melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi nanti,” jelas beliau.

Ahmad Zahid turut menitipkan pesanan agar Ruby Adalia Balqis yang kini menuntut di kolej matrikulasi terus tabah dan memberikan fokus sepenuhnya kepada pengajian.

Kata beliau, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bagi memastikan kebajikan remaja itu terus terjaga.

“Kita minta supaya Ruby dan Ahmad Balia reda dengan apa yang berlaku, sabar.. Insya-Allah ramai yang simpati dan ramai akan membantu.

“Dalam hal ini, Ruby fokus kepada pelajaran,” katanya yang turut bersimpati dengan kejadian menimpa keluarga dua beradik itu.

Pada Khamis lalu, media melaporkan tragedi kebakaran rumah dan mangsa maut bapa dan ibu kepada dua beradik itu – Mohd Alawi Muhammad, 56, dan ibu, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44.

Turut terkorban Ruby Adira Batrieisya Mohd Alawi, 17 Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.

Dua beradik yang terselamat itu berada di asrama semasa kejadian.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills