‎Ops Pantau: KPDN rekod rampasan bernilai RM1.09 juta ‎

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan rampasan bernilai RM1.09 juta sepanjang pelaksanaan Ops Pantau yang bermula 19 Februari lalu.

‎Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali berkata, operasi itu bertujuan memantau tahap pematuhan peniaga terhadap undang-undang selain memastikan kestabilan harga serta bekalan barangan sepanjang Ramadan.

‎”Setakat 26 Februari, sebanyak 16,059 pemeriksaan telah dijalankan melibatkan bazar Ramadan, pasar awam, pasar basah, kedai runcit dan premis perniagaan lain.

‎“Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 265 kes telah direkodkan dengan nilai rampasan mencecah RM1.09 juta.

‎“Daripada jumlah tersebut, 229 kes telah diputuskan untuk tindakan kompaun melibatkan nilai keseluruhan RM57,500,” ujarnya pada sidang akhbar sempena Program Sentuhan Kasih Vokasi Kepenggunaan dan PGRM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat (SMK Pengalat), DUN Kawang, Parlimen Papar, pada Sabtu.

‎Tambah Armizan, daripada keseluruhan pemeriksaan itu, sebanyak 6,268 premis melibatkan bazar Ramadan di seluruh negara dan hanya dua kes direkodkan.

‎“Ini menunjukkan kadar kes yang rendah dan tahap pematuhan peniaga bazar Ramadan adalah amat memuaskan.

‎”Antara kesalahan yang dikesan melibatkan kegagalan memaparkan tanda harga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan mengikut peraturan ditetapkan,” kongsinya.

‎Menurut Armizan, pihaknya turut menerima aduan berkaitan isu harga termasuk yang ditularkan di media sosial.

‎“Kita akan mendapatkan maklumat dan mengeluarkan notis kepada peniaga terlibat untuk mendapatkan penjelasan.

‎“Ada kes harga yang tular didapati sama seperti harga yang dijual pada Ramadan tahun lalu. Jika harga tersebut tidak berubah, maka ia tidak boleh dianggap sebagai perbuatan mencatut,” jelasnya.

‎Dalam pada itu, Ops Pantau akan diteruskan sehingga 20 Mac bagi memastikan tiada manipulasi harga serta tiada amalan perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang.

‎”Orang ramai supaya terus menyalurkan aduan dan laporan melalui platform rasmi yang disediakan.

‎”Keterbukaan menerima aduan akan membantu pihak kementerian memperkukuh penguatkuasaan demi melindungi kepentingan pengguna,” ujarnya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam