RM3.1 juta geran disalurkan kepada 51 persatuan negeri Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menyalurkan geran berjumlah RM3.1 juta kepada 51 persatuan sukan negeri sebagai usaha memperkukuh pembangunan sukan menjelang temasya SUKMA 2026.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, geran itu disampaikan kepada persatuan yang bernaung di bawah Pesuruhjaya Sukan menerusi kementerian dan dikendalikan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah.

“Alhamdulillah, hari ini kita berkesempatan bertemu semua persatuan sukan dan menyampaikan geran daripada Kerajaan Sabah melalui Kementerian Belia Sukan. Kita mahu setiap ringgit dan setiap sen yang disalurkan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

“Kerajaan turut menyampaikan insentif berjumlah RM807,000 kepada atlet Sabah yang mencatat prestasi cemerlang di peringkat kebangsaan,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Persatuan Sukan Negeri bagi tahun 2026 dan Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa 2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini pada Jumaat.

Menurut Nizam, insentif berkenaan diberikan sebagai suntikan semangat dan tanda penghargaan terhadap usaha serta pengorbanan atlet yang bukan sahaja mengharumkan nama sendiri, malah mengangkat nama Sabah di arena sukan negara.

Mengulas lanjut mengenai sasaran temasya SUKMA, beliau berkata Sabah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 40 pingat emas.

“Daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan, Sabah akan mengambil bahagian dalam 36 acara.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan oleh Pengarah MSN, sasaran kita adalah 40 emas dan kita berharap sasaran ini dapat dicapai.

“Insentif kemenangan kekal pada kadar RM10,000 bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet Sabah,” jelasnya.

  • Related Posts

    Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

    KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

    BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

    • By Ezmie
    • September 16, 2026
    Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

    Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

    Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

    PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

    PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

    Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

    Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

    Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

    Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama