Pusat Autisme Tawau beroperasi Mac, tampung 49 pelajar

TAWAU – Pusat Autisme pertama di Pantai Timur Sabah yang terletak di Sri Stella, dijadualkan mula beroperasi pada Mac hadapan sebagai usaha memperluas akses pendidikan khas kepada kanak-kanak autisme di daerah berkenaan.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Haji Jainal berkata, pusat itu menyediakan empat kelas dengan pendaftaran 49 kanak-kanak sebagai permulaan.

“Pembukaan pusat itu merupakan komitmen Kerajaan Sabah dalam menaik taraf kemudahan pendidikan khas bagi memenuhi peningkatan permintaan ibu bapa.

“Kita melihat permintaan terhadap kelas bimbingan autisme semakin meningkat dan keperluan ini semakin mendesak.

“Justeru, empat kelas awal disediakan dan kita akan meneliti penambahan kelas dari semasa ke semasa mengikut keperluan serta kapasiti sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama asnaf dan warga Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) Peringkat Daerah Tawau, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Jais Asri berkata, pembukaan pusat di Tawau itu menjadikannya cawangan kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu

Menurut Jais, kelas dijadualkan bermula awal Mac manakala majlis perasmian rasmi akan diadakan pada April depan.

“Empat kelas yang ada telah dibaik pulih serta dilengkapi kemudahan bersesuaian bagi tujuan pembelajaran kanak-kanak autisme.

“Di Tawau sahaja terdapat hampir 1,200 kanak-kanak berdaftar di bawah kategori autisme, sekali gus menunjukkan keperluan terhadap kemudahan pendidikan khas masih besar.

“Ini bukti Kerajaan Negeri memastikan anak-kanak autisme mendapat akses intervensi awal dan bimbingan yang lebih tersusun serta berkesan,” ujarnya.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia