Bantuan banjir di Melalap dipergiat, 12 PPS tampung hampir 1,500 mangsa

TENOM – Usaha membantu mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap terus dipergiatkan dengan pembukaan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) yang kini menempatkan hampir 1,500 penduduk terjejas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, langkah segera diambil bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan asas tanpa kelewatan.

“Sehingga kini seramai kira-kira 450 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke PPS yang diselia rapi bagi menjamin keselamatan serta keselesaan sepanjang tempoh penempatan.

“Pelbagai bentuk bantuan segera digerakkan termasuk bekalan makanan, air bersih, kit kebersihan dan barangan keperluan harian bagi memastikan kebajikan mangsa sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Menurut Jamawi, Tenom telah dilanda banjir sebanyak tiga kali sejak awal tahun ini, sekali gus memberi tekanan berterusan kepada penduduk serta agensi penyelamat.

“Kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan menjadi faktor utama kelancaran operasi bantuan, antaranya melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Semua agensi terbabit memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses pemindahan dan penyaluran bantuan kepada mangsa yang terjejas,” ujarnya.

Dalam pada itu, selain bantuan kecemasan, pihaknya juga sedang menilai keperluan bantuan susulan termasuk kerja pembersihan rumah, penilaian kerosakan harta benda serta penyaluran bantuan pemulihan bagi membantu mangsa kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Jamawi turut menasihatkan penduduk agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Jamawi memuji semangat solidariti komuniti setempat yang tampil menghulurkan bantuan secara sukarela, termasuk menyediakan makanan, pakaian dan keperluan harian kepada mangsa.

“Kerajaan Negeri komited untuk terus memantau situasi banjir dan memastikan segala bantuan serta sokongan diberikan secara berterusan sehingga keadaan pulih sepenuhnya,” jelasnya.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

Satu gol cukup nobat Sepanyol juara Piala Dunia

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026