ADUN Sungai Manila santuni mangsa banjir, nilai keperluan bantuan

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, turun padang meninjau beberapa lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Beliau memulakan lawatan di kawasan Pangkalan Sungai Buaya dengan mengunjungi kediaman penduduk yang dinaiki air, selain menilai tahap kerosakan serta keperluan segera mangsa terlibat.

Menurut Hazem, keadaan di lokasi menunjukkan jambatan kampung mengalami kerosakan teruk manakala beberapa rumah penduduk turut rosak sehingga menjejaskan kelangsungan hidup mereka.

“Saya bergegas ke lokasi untuk meninjau sendiri keadaan dan menyantuni mangsa banjir, termasuk penduduk Kampung (kg)Pangkalan Sungai Buaya.

“Saya akan terus memantau perkembangan di kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Hazem berkata, tindakan susulan sedang dilaksanakan termasuk penilaian lanjut terhadap kerosakan infrastruktur serta keperluan pemulihan jangka panjang.

Dalam lawatan sama, beliau turut menyantuni keluarga terkesan di Peringkat Satu serta menziarahi seorang penduduk uzur sebelum meneruskan tinjauan ke Peringkat Lima bagi melihat beberapa lagi rumah yang terjejas.

Selain itu, beliau melawat dua kediaman di kg Jawa dan seterusnya ke Pekan Muhibbah untuk meninjau situasi banjir di kawasan berkenaan.

Katanya, lawatan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai impak bencana selain memastikan penyelarasan bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kebajikan mangsa.

“Saya memahami dan turut merasai beban yang ditanggung oleh penduduk terjejas.

“Saya berharap mereka terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” katanya.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian