Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

KUALA LUMPUR – Persahabatan Malaysia dan Mesir terus diperkukuh berlandaskan saling menghormati, kepercayaan serta persefahaman menerusi pemeteraian Perkongsian Strategik antara kedua-dua negara.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi, sempena Lawatan Negara beliau ke Malaysia pada Sabtu.

Ketibaan Presiden Al-Sisi di Istana Negara pada jam 10 pagi disambut Sultan Ibrahim sebelum berlangsungnya Istiadat Sambutan Negara, termasuk pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan alunan lagu kebangsaan kedua-dua negara.

Sebagai penghormatan sempena Lawatan Negara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Presiden Al-Sisi.

“Lawatan ini mencerminkan persahabatan akrab sekian lama antara Malaysia dan Mesir yang berlandaskan saling hormat, percaya dan bersefahaman.

“Pemeteraian Perkongsian Strategik dalam Lawatan Negara ini juga membuktikan komitmen kedua-dua negara ke arah kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang bagi manfaat bersama,” titah Baginda menerusi satu kenyataan.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan meraikan Presiden Al-Sisi dan delegasi Mesir dalam Majlis Santapan Negara dan Presiden Al-Sisi turut memanjangkan jemputan kepada Sultan Ibrahim untuk mengadakan Lawatan Negara ke Mesir.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, selain barisan Jemaah Menteri serta pimpinan kanan negara.

Related Posts

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

PUTRAJAYA – Kerjasama pendidikan Malaysia dan Mesir perlu diperluas melangkaui pengajian Islam dengan merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir