3 individu buang puntung rokok dihukum denda, khidmat masyarakat

KANGAR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menzahirkan pendirian tegas dalam menangani kesalahan pembuangan sampah kecil apabila tiga individu disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

SWCorp dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga Orang Kena Saman (OKS) yang merupakan warganegara Malaysia didapati bersalah membuang sampah kecil iaitu puntung rokok di tempat awam.

“Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan membuang sisa pepejal di kawasan awam yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan orang ramai.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap setiap OKS dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, boleh dipenjarakan selama 30 hari,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kesemua pesalah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama lapan jam dalam tempoh enam bulan selaras dengan Seksyen 77B(1) Akta 672.

Sekiranya gagal melaksanakan PKM berkenaan, pesalah boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM2,000 dan jika gagal membayar, boleh dipenjarakan selama dua bulan.

“Tindakan penguatkuasaan ini menegaskan komitmen SWCorp dalam memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang berkaitan kebersihan awam, khususnya di kawasan tumpuan masyarakat yang memerlukan kawalan berterusan.

“Sehingga 25 Februari 2026, Negeri Perlis merekodkan sebanyak 35 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) membabitkan 34 kes warganegara tempatan dan satu kes warganegara asing,” ujarnya.

Daripada jumlah tersebut, tiga kes dijadualkan untuk prosiding sebutan di mahkamah hari ini manakala dua kes lagi pada 12 Mac depan.

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar