Tabung Baitulmal santuni asnaf, ringankan beban

BALINGIAN – Menyantuni golongan memerlukan pada bulan mulia, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Mukah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar bersama asnaf di sekitar Daerah Kecil Balingian bersempena kehadiran Ramadan.

Program berkonsepkan turun padang itu bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan keberkatan bulan puasa, malah menjadi platform penting bagi memperkukuh ukhuwah serta memperkasa usaha kebajikan buat golongan sasar.

Ketua Bahagian TBS Mukah, Osman Immun berkata, penganjuran majlis tersebut memfokuskan kepada usaha meraikan dan berkongsi rezeki bersama komuniti asnaf di kawasan Balingian.

“Kumpulan asnaf yang diraikan pada hari ini merupakan penerima bantuan sara hidup bulanan Baitulmal. Selain itu, mereka juga bakal menerima bantuan fidyah dan sumbangan khas Aidilfitri.

“Kita berharap agar penyaluran bantuan berterusan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka sepanjang menjalani ibadah di bulan Ramadan, sekali gus menjadi persiapan untuk menyambut keraian Syawal tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Osman, pendekatan santai sebegini amat berkesan dalam merapatkan lagi silaturahim antara warga kerja TBS dan masyarakat setempat.

Beliau memanjatkan harapan agar hubungan erat yang terjalin itu akan memudahkan lagi usaha pihak pengurusan untuk terus memartabatkan peranan institusi Baitulmal, khususnya dalam memelihara dan membela nasib asnaf di seluruh Bahagian Mukah.

Majlis berbuka puasa yang berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh kemeriahan itu turut diserikan dengan kehadiran barisan kakitangan TBS Bahagian Mukah.

Foto: Rizalman Daim (JAPEN Balingian)

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion