Lelaki rugi RM1.1 juta diperdaya sindiket pelaburan saham

KUCHING – Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan lumayan berkecai apabila dia kerugian RM1,108,784.00 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud dikenali sebagai ‘FYCMAX’.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun membuat laporan polis selepas gagal mengeluarkan wang modal serta keuntungan yang dijanjikan oleh sindiket terbabit.

Menurut beliau, mangsa mula terjerat pada 9 Disember 2025 kira-kira jam 2.00 petang. Ketika berada di pejabatnya, mangsa telah menerima satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan tersebut.

“Mangsa yang berminat telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘FYCMAX VIP’. Dia kemudiannya diarahkan untuk memuat turun aplikasi ‘FYC’ dan berhubung dengan beberapa individu yang menyamar sebagai admin kumpulan berkenaan.

“Akibat terpengaruh dan yakin dengan pelaburan tersebut, mangsa telah melakukan pemindahan wang sebanyak 23 kali ke dalam empat akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM1,108,784.00,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Alexson menambah, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara antara satu hingga 10 tahun, berserta sebatan dan boleh dikenakan denda.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah kelabu mata dengan tawaran pelaburan di media sosial serta membuat semakan teliti sebelum melaburkan wang. Semakan status kelulusan syarikat pelaburan boleh dibuat melalui Bank Negara Malaysia (BNM) di www.bnm.gov.my atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di www.sc.com.my.

Pihak polis turut menggesa mana-mana mangsa yang baru sahaja memindahkan wang kepada sindiket penipuan agar segera menghubungi talian National Scam Response Center (NSRC) di 997.

Masyarakat juga disarankan menggunakan portal Semak Mule (http://semakmule.rmp.gov.my) dan memuat turun aplikasi Whoscall di telefon pintar masing-masing untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scammer.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi