Lelaki dicekup bersama 6.90 gram syabu di Sundar

LAWAS – Tindakan seorang lelaki menyembunyikan dadah di dalam kotak rokok mengundang padah apabila dia ditahan polis di sebuah kawasan tempat letak kereta di Sundar pada pagi Isnin. 

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan polis kira-kira jam 11.20 pagi kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek telah membawa kepada penemuan sebuah kotak rokok yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kotak terbabit menemukan satu peket plastik dan tiga batang tiub penyedut minuman yang mengandungi bahan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Bahan terlarang yang dianggarkan mempunyai berat kasar keseluruhan 6.90 gram itu telah dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Liong berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Tambahnya, semakan turut mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau yang membabitkan enam kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan