Kerja alih patung kuil berjalan lancar, tertib

LANCAR dan tertib. Itulah yang dapat disimpulkan terhadap kerja pengalihan patung berhala di sebuah kuil yang dibina tanpa kebenaran di Rawang Perdana awal pagi tadi.

Pemegang amanah Yayasan Kubra, Ismail Mina berkata, kerja pemindahan itu berjalan lancar dan tanpa sebarang insiden kekecohan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh jawatankuasa Kuil Sri Uchimalai Muniswaran bersama wakil Malaysia Hindu Sangam (MHS) antara jam 12 tengah malam hingga kira-kira jam 2 pagi.

“Patung itu diuruskan oleh mereka sendiri, tidak ada sedikit pun kekecohan. Mereka datang dan selesaikan sendiri. Semuanya tertib, tidak ada bertengkar langsung, semuanya berjalan lancar.

“Kita berada di situ untuk memantau ketika kerja pengalihan dijalankan, tetapi tidak berlaku sebarang pertengkaran seperti yang digambarkan di media sosial,” katanya dipetik Media Selangor, hari ini.

Ismail menjelaskan, kerja pembersihan tapak dibuat atas kesedaran jawatankuasa kuil yang sebelum ini berjanji untuk mengosongkan tanah milik Yayasan Kubra dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai dalam satu pertemuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (IPD), selepas pihak jawatankuasa kuil mengakui kesilapan menceroboh tanah berkenaan.

“Ketika di IPD Gombak, ada perjanjian antara kami. Mereka mengaku silap kerana memasuki tanah orang dan memohon tempoh penangguhan. Jadi kedua-dua pihak bersetuju memberi masa dua minggu.

“Kami juga tidak ke lokasi sepanjang tempoh itu kerana menghormati nasihat polis yang tidak membenarkan kami berada di tapak berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail memaklumkan, Yayasan Kubra menerima kunjungan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan serta Pengerusi MHS, Datuk Suresh Rao, yang hadir meninjau keadaan tapak hari ini.

Jelasnya, kedua-dua pihak berpuas hati selepas mendengar penjelasan daripada wakil yayasan dan berpandangan kemelut tersebut telah diselesaikan secara baik.

“Kita akan memulakan kerja pembersihan sisa struktur di tapak ini bermula jam 5 petang. Selepas itu, saya jangka projek pembinaan rumah asnaf dapat diteruskan dalam tempoh setahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kerja pengalihan empat patung berhala di kuil berkenaan selesai dilaksanakan awal pagi tadi.

Jelasnya, proses pemindahan membabitkan 10 penganut dan wakil pengurusan kuil bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 4.12 pagi.

Related Posts

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

KUANTAN – Seramai 30 peserta, termasuk lima daripada komuniti Orang Asli mengambil bahagian dalam program One Stop Help Centre (KAWAN) anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) di Kampung Som, dekat Jerantut,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara