AKPS perlu senjata api, jaket kalis peluru demi keselamatan

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) melihat keperluan pembekalan senjata api dan jaket kalis peluru kepada pegawainya bagi menjamin keselamatan mereka ketika bertugas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, perkara itu adalah antara skop yang boleh diperbaiki dalam masa terdekat.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) seawal pagi tadi telah menghubungi saya dan meminta saya memaklumkan apa yang kita perlukan untuk beliau usahakan.

“Antara benda yang kita lihat di sini adalah pegawai-pegawai AKPS ini tidak dibekalkan senjata api, jadi itu adalah satu skop yang mungkin boleh diperbaiki dalam masa yang terdekat,” katanya kepada pemberita di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, keperluan jaket kalis peluru dan sebagainya juga perlu dipertimbangkan bagi menjamin keselamatan anggota dan pegawai bekerja dengan lebih selamat.

Mohd. Shuhaily sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan seluruh warga AKPS Bukit Kayu Hitam susulan insiden tembakan ke arah Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, kira-kira pukul 5.40 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua suspek menaiki sebuah motosikal tersasar.

Tembakan terkena pada pintu penumpang belakang sebelah kanan dan pintu penumpang hadapan.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi