Perbahasan LKAN perkukuh ketelusan, akauntabiliti kerajaan – Azalina

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibahaskan secara telus dan diambil tindakan susulan, selaras prinsip semak dan imbang serta tadbir urus berintegriti yang menjadi teras Malaysia MADANI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sehingga 31 Disember 2025, tindakan susulan audit berjaya mengutip semula RM316.68 juta melalui kutipan hasil, bayaran balik penalti, sewa tertunggak, ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD), tunggakan pajakan tanah serta kutipan duti dan cukai.

“Kerajaan berpandangan pembentangan LKAN tanpa perbahasan yang tulus dan terbuka adalah tidak mencukupi kerana tadbir urus yang baik hanya dapat dicapai apabila semua pihak berbahas, memberi pandangan serta melaksanakan pengawasan secara kolektif.

“Perbahasan ini bukan tanda kelemahan, sebaliknya bukti bahawa kerajaan tidak mempunyai apa-apa yang disorok. Ketulusan memperkukuh keyakinan awam,” katanya ketika membentangkan usul LKAN 1/2026 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua menteri meneliti isu ketirisan, ketidakpatuhan peraturan dan kelemahan perancangan yang dibangkitkan serta memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan segera.

Azalina berkata, mandat Ketua Audit Negara termaktub dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957 yang merangkumi audit kewangan dan pematuhan bagi mencegah rasuah, ketirisan serta kecuaian dalam pengurusan dana awam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 meningkat ke tangga ke-54 daripada 182 negara, mencerminkan momentum pembaharuan positif hasil reformasi struktur dilaksanakan kerajaan.

“Peningkatan ini bukanlah satu kebetulan, tetapi hasil daripada langkah reformasi struktur yang dilaksanakan secara konsisten Kerajaan MADANI dalam memperkukuh akauntabiliti fiskal dan tadbir urus awam.

“Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan skor CPI ini termasuklah pengenalan Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal 2023, yang memperkukuh disiplin fiskal serta meningkatkan ketelusan dalam pengurusan kewangan negara.

“Selain itu, pindaan kepada Akta Audit 1957 yang memperluas bidang kuasa Ketua Audit Negara terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), penggubalan Akta Perolehan Kerajaan 2025 serta melaksanakan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan pindaan Akta Syarikat 2016,” katanya.

LKAN 1/2026 yang dibentangkan semalam mengandungi dua naskhah meliputi pengauditan penyata kewangan agensi Persekutuan serta audit prestasi program kementerian, jabatan dan syarikat kerajaan.

Related Posts

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyambut baik usaha penyatuan ummah membabitkan UMNO dan Pas, yang dilihat sebagai peluang untuk menyatukan semula orang Melayu, sekali gus memperkukuh politik Melayu dan kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail tinggalkan WTCKL selepas dua jam ‘mengadap’ Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

UMNO perlu jadi parti pembina negara

UMNO perlu jadi parti pembina negara

Wanita muda bawah 40 tahun perlu diberi ruang pimpin organisasi

Wanita muda bawah 40 tahun perlu diberi ruang pimpin organisasi