Anwar Ibrahim bukti komitmen, bukan sekadar janji untuk Sabah dan Sarawak

KUCHING – Usaha mengangkat martabat dan hak rakyat di Sabah serta Sarawak bukanlah satu retorik politik, sebaliknya ia adalah perjuangan konsisten Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama.

Hasilnya, di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI hari ini, sebanyak sembilan daripada 13 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, pencapaian pantas ini didorong oleh komitmen tinggi Perdana Menteri yang mempengerusikan sendiri Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

”Jika diimbas kembali sejarah, Anwar sebenarnya telah memperjuangkan nasib wilayah Borneo jauh sebelum beliau bergelar Perdana Menteri.

Jelas Mustapha, seawal tahun 2008, beliau (Anwar) yang ketika itu bertindak sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah lantang mendesak agar tarikh 16 September diiktiraf sebagai cuti umum Hari Malaysia.

”Berkat kelantangan dan desakan berterusan itu, kerajaan pada ketika itu akhirnya akur dan mengisytiharkan cuti umum tersebut secara rasmi bermula tahun 2009.

Kini, komitmen tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata yang memberi impak kewangan besar kepada kedua-dua negeri.

”Jika dahulu Pemberian Khas dibiarkan pada kadar lama selama berpuluh tahun iaitu sekitar RM125.6 juta untuk Sabah dan hanya RM16 juta untuk Sarawak, Anwar telah mengubahnya secara drastik.

Jelas beliau, jumlah itu dinaikkan kepada RM300 juta pada Belanjawan 2024, dan kini digandakan lagi kepada RM600 juta setahun untuk setiap negeri menerusi Belanjawan 2025 dan dikekalkan untuk Belanjawan 2026.

”Sebagai bukti tambahan, peruntukan pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi juga terus dilimpahkan buat wilayah Borneo.

”Untuk Belanjawan 2026, Sabah bakal menerima RM6.9 bilion manakala Sarawak menerima RM6.0 bilion.

”Gabungan peruntukan berjumlah RM12.9 bilion ini merupakan jumlah yang terbesar di seluruh Malaysia.

Katanya, ia membuktikan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar tidak hanya menabur janji, tetapi benar-benar menjadikan kesejahteraan warga Sabah dan Sarawak sebagai keutamaan.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos