Sabah perkukuh autonomi dalam pengurusan alam sekitar – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam memastikan negeri mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan dan menguatkuasakan perundangan berkaitan alam sekitar mengikut keperluan tempatan, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ianya satu langkah penting telah dicapai bagi memperkukuh autonomi Sabah dalam pengurusan alam sekitar.

Jelasnya, perbincangan turut melibatkan pelaksanaan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan berkaitan pengurusan buangan terjadual di Sabah.

“Sebagai persediaan, Sabah akan memastikan kesemua sembilan kriteria kesediaan dipenuhi, termasuk perundangan, infrastruktur teknikal, sistem pelaporan atas talian dan kapasiti sumber manusia.

“Ia sebelum fasa peralihan kuasa dilaksanakan sepenuhnya pada November 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Perkara tersebut dibincangkan melalui kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup di Bilik Mesyuarat Pine, Tingkat 10, DoubleTree Hotel Hilton, Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, melalui kerjasama kukuh daripada NRES, Kerajaan Negeri Sabah dan KePKAS melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menjadikan Sabah terus kukuh dalam pengurusan alam sekitar.

Menurutnya, Sabah kini berada pada posisi lebih kuat untuk memperkukuh pengurusan alam sekitar yang mampan, cekap, berkesan dan berdaya tahan, sekali gus menjadi satu lagi kejayaan strategik bagi kesejahteraan rakyat Sabah.

Tambah Jafry, penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak terlibat, khususnya kepimpinan NRES atas kerjasama dan sokongan berterusan dalam menjayakan agenda penting ini.

“Saya berharap sesi ini memberi manfaat maksimum kepada seluruh delegasi serta menyumbang kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM