Petisyen N02 Bengkoka ditolak Mahkamah Pilihan Raya

KOTA KINABALU — Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak Petisyen Pilihan Raya yang difailkan oleh Dr Samuil Mopun berhubung keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Bengkoka yang diadakan pada 29 November 2025.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Yang Arif Datuk Dean Wayne Daly, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Bantahan Awal (Preliminary Objections) yang dikemukakan oleh pihak-pihak responden.

Mahkamah mendapati petisyen berkenaan gagal mematuhi keperluan mandatori di bawah Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, termasuk Peraturan 3(1) dan 3(2), Peraturan 4(1), Peraturan 9 serta Peraturan 15, yang merupakan syarat asas bagi menggerakkan bidang kuasa Mahkamah Pilihan Raya.

Sehubungan itu, petisyen berkenaan ditolak tanpa perlu melalui perbicaraan penuh dan mahkamah turut memerintahkan kos dibayar kepada para responden.

Dengan keputusan ini, Datuk Harun Durabi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.02 Bengkoka sebagaimana yang telah digazetkan.

Harun diwakili oleh Mohd Reduan Datuk Haji Aklee, Hassan Murtaza, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mortimer Maluda dan Wong Chik Kien.

Responden kedua dan ketiga diwakili oleh SFC Ahmad Hanir Hambaly @ Alwi dan Raja Shahril Anuar Raja Baniamin dari Pejabat Peguam Negara.

Petisyen tersebut difailkan oleh Samuil dan beliau diwakili oleh Jaikol Situn dan Rijolin Molisin.

Kes ini merupakan petisyen pertama yang diputuskan berhubung Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung pada 29 November 2025.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET