Sri Aman tuan rumah sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Sarawak 6 Mac ini

SRI AMAN – Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2026 akan diadakan pada Jumaat, 6 Mac ini bersamaan 16 Ramadan 1447H di Masjid Bandar Sri Aman.

Sambutan bertemakan ‘Ummah Maju Makmur, Insan Berilmu Menjulang Kelestarian Alam’ itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 tetamu termasuk 300 kenamaan dan 1,200 jemputan lain.

Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta isteri, dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, timbalan premier, serta menteri-menteri.

Beberapa acara turut diadakan sempena majlis tersebut seperti majlis berbuka puasa, solat berjemaah sebelum sesi bacaan al-Quran oleh Johan Tilawah Peringkat Sarawak 2026, Jubni Sulong.

Tazkirah Nuzul Al-Quran akan disampaikan oleh Dr. Sarip Adul, Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah, sebelum amanat khas oleh Premier Sarawak dan majlis kemudian diteruskan dengan solat Isyak, solat sunat Terawih dan Witir serta jamuan moreh.

Sebagai acara iringan, Forum Perdana Saudara Kita anjuran Bahagian Kemajuan Saudara Kita, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan berlangsung pada 6 Mac dari jam 2.30 hingga 5 petang di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman.

Selain itu, Seminar Al-Quran anjuran Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana, Majlis Islam Sarawak akan diadakan pada 5 Mac di Dewan SK (A) Sri Aman, manakala program Ziarah Ramadan turut dijadualkan pada tarikh sama.

Sambutan itu diharap dapat memperkukuh penghayatan terhadap peristiwa Nuzul Al-Quran serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan umat Islam di negeri ini. Orang ramai turut dijemput hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Related Posts

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

PENAMPANG – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hak 40 peratus Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

KULAI – Inisiatif Dobi Kasih Rahmah yang diwujudkan oleh Komuniti MADANI Kulai menerusi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) terus menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat apabila menyediakan kemudahan dobi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony