Dasar Bahasa Kebangsaan perlu disokong tanpa berbelah bahagi

PUTRAJAYA – Bahasa Melayu wajar dibanggakan oleh setiap warganegara di Malaysia kerana ia merupakan lambang identiti dan jati diri negara.

Bagaimanapun, pakar bahasa dan perpaduan, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong melahirkan kekecewaan apabila 20 peratus hasil kajian responden berpendapat warganegara tidak perlu mengetahui bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

“Amat mendukacitakan apabila pandangan sedemikian masih wujud setelah hampir 70 tahun negara ini terbentuk. Realitinya, masih wujud sebahagian rakyat tempatan dalam jumlah yang agak ketara berpegang pandangan sedemikian.

“Dalam hal ini, mereka percaya tidak wujud keperluan untuk bahasa Melayu difahami dengan baik, apatah lagi dikuasai pada tahap tinggi oleh warganegara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, kewujudan kelompok yang beranggapan bahasa Melayu tidak perlu difahami dengan baik, apatah lagi dikuasai pada tahap tinggi, mencerminkan kegagalan dalam beberapa aspek pembinaan negara bangsa.

Menurutnya, perspektif terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dilihat semakin terpesong, malah persepsi salah itu dibimbangi semakin mengakar jika tidak ditangani segera.

“Sebenarnya, perkara ini telah lama disedari, namun tidak diberi perhatian sewajarnya untuk ditangani. Hanya kini diusahakan oleh pemerintahan semasa.

“Usaha tersebut dapat dilihat melalui peraturan terbaharu yang menetapkan semua institusi pendidikan swasta yang beroperasi di negara ini wajib mengajar dua mata pelajaran (bahasa Melayu serta Sejarah) yang berkait rapat dengan proses pembinaan negara dan pembentukan bangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Seong berpendapat kedua-dua mata pelajaran itu perlu dikendalikan dalam bentuk kurikulum rasmi seperti di institusi pendidikan kerajaan, termasuk diajar dalam waktu persekolahan biasa dan bukan sekadar memenuhi syarat minimum.

“Natijahnya, dua mata pelajaran ini tidak boleh sama sekali diajar dan dipelajari ibarat melepas batuk di tangga, sebaliknya dilaksanakan ibarat menantang minyak penuh, yakni melakukan sesuatu dengan penuh kesempurnaan.

“Seterusnya, sebagai dua mata pelajaran hendaklah dikekalkan sifat SPM dengan sepenuhnya. Ini bermaksud ia diajar, dipelajari dan diduduki peperiksaannya dalam hanya dalam bahasa Melayu.

“Sehubungan dengan sifat SPM itu sendiri, tidak wajar ada sebarang kompromi terhadap bahasa pengantarnya, khususnya bagi mata pelajaran Sejarah, walaupun kurikulum yang digunakan adalah kurikulum kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Kok Seong yang juga Felo Majlis Profesor Negara (MPN) berkata,
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bahasa Melayu bukan sahaja wajar, malah mampu memperkukuh pendidikan bahasa Melayu itu sendiri.

“Hal ini demikian kerana mata pelajaran yang sarat dengan kandungan bahasa ini merupakan wadah yang sangat berkesan untuk membantu penguasaan bahasa Melayu secara lebih mendalam dan bermakna,” katanya

Tambahnya, pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bahasa Melayu bukan sahaja wajar, malah mampu memperkukuh penguasaan bahasa itu kerana kandungannya yang sarat dengan unsur kebahasaan.

“Pendidikan Sejarah dalam bahasa Melayu bersifat serampang dua mata, iaitu untuk memenuhi peraturan mata pelajaran yang wajib lulus dan bagi mempertingkat penguasaan bahasa rasmi negara dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

“Dengan ini, apabila dua mata pelajaran nasionalistik ini dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu selaku bahasa negara, juga mempunyai manfaat lain yang besar untuk warganegara Malaysia menguasai bahasa negara dengan baik.

“Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu untuk pendidikan dua mata pelajaran ini, hendaklah bukan sahaja diterima dengan hati terbuka tetapi penuh kesedaran nasional,” katanya.

Related Posts

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

PUTRAJAYA – Penggunaan kontrak Wadiah Yad Dhamanah oleh Tabung Haji pada 2016 sehingga 2019 merupakan konsep zakat perniagaan secara khultah terhadap keseluruhan dana pendeposit yang dihimpunkan dan diuruskan oleh institusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH: “Jangan lindungi kelemahan dengan nama Melayu” – Mahfuz

APABILA Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji didedahkan, kita melihat satu perkara yang agak pelik. Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, apabila kita bercakap tentang kelemahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Laporan RCI TH: “Jangan lindungi kelemahan dengan nama Melayu” – Mahfuz

Laporan RCI TH: “Jangan lindungi kelemahan dengan nama Melayu” – Mahfuz

Naik taraf Pantai Tanjung Kembang rancakkan pelancongan Kabong

Naik taraf Pantai Tanjung Kembang rancakkan pelancongan Kabong